Kem Cuti Sekolah (Persediaan Untuk Sesi Persekolahan 2019)

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 November 2018, Pihak Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi menyediakan slot kelas dari 02.00 pm ke 04.00 pm kepada pelajar yang sudah mendaftar sebagai pengguna portal e-kelas untuk melayari portal e-kelas. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahah secara menyeluruh kepada pelajar. Ada sebahagian mereka mengambil kesempatan ini untuk mengulangkaji matapelajaran yang dipelajari pada tahun ini dengan menjawab soalan tutorial yang disediakan.

Selain daripada itu, mereka juga menyertai kursus untuk persediaan tahun hadapan dengan melihat serba sedikit nota-nota ringkas yang disertakan dengan penerangan cikgu secara live. Pembelajaran secara interaktif ini dilihat amat membantu para pelajar untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka untuk matapelajaran teras seperti bahasa inggeris, matematik dan sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali